Minyak Tebu Hitam Ini Rasa Panas?
Minyak ini ada rasa hangat ringan sebab ada serai wangi, tapi tidak terlalu panas. Rasa hangat ini membantu beri rasa selesa pada badan.
Berapa Ml Minyak Tebu Hitam Ini?
Di botol Kami Tulis 35ml Tetapi Yang Sebenarnya 38ml Kami Sedakah Pada Tuan dan Puan Untuk 3ml Itu. Dan pengunaan Setiap botol Biasanya Tahan 25 Hari
Siapa yang sesuai guna minyak ini?
Minyak ini sesuai digunakan oleh mereka yang sering rasa tak selesa di bahagian kaki, sendi, atau tubuh — terutamanya golongan dewasa dan warga emas.
Bagaimana cara guna minyak ini?
Hanya sapukan sedikit minyak di bahagian yang ingin diikhtiarkan seperti lutut, betis, atau tapak kaki. Guna 2-3 kali sehari, secara konsisten.
Berapa lama untuk rasa kesan?
Setiap individu berbeza. Ada yang rasa perubahan dalam beberapa hari, ada yang perlukan lebih masa. Yang penting, gunalah secara konsisten.
Bolehkah digunakan semasa solat?
Minyak ini tidak melekit dan tidak mengandungi bahan najis, insyaAllah boleh digunakan sebelum solat.
Produk ini ada kelulusan?
Minyak Tebu Hitam Lulus KKM dan dihasilkan mengikut amalan pengilangan selamat dan dikilangkan oleh pengeluar tempatan berdaftar.
Minyak ni boleh bantu tidur lena?
Ramai pengguna berkongsi rasa lebih tenang dan mudah tidur selepas sapu minyak sebelum tidur — tapi kesan berbeza ikut individu.
Minyak ni dah diruqyah ke?
Minyak ini telah dibacakan doa dan ayat pelindung sebagai sebahagian daripada usaha ikhtiar tradisional.
Macam mana kalau barang rosak masa sampai?
Kami minta maaf atas kesulitan. Jika barang sampai dalam keadaan rosak atau bocor, sila hubungi pihak kami dalam tempoh 24 jam selepas terima barang. Sediakan gambar/video sebagai bukti, dan kami akan bantu untuk gantian produk baru tanpa caj tambahan, tertakluk pada semakan.
Kalau kulit sensitif boleh guna?
Jika ada kulit sensitif, buat sapuan sedikit dahulu (patch test). Jika tiada reaksi, boleh teruskan guna.